S
Response from the owner
hace 5 meses
Terima kasih atas review. Kami mohon maaf jika hidangan pada malam tersebut tidak menepati selera dan jangkaan anda.Untuk penjelasan, istilah “tidak halal duit” adalah tidak berasas kerana transaksi berlaku secara sah—pelanggan membuat bayaran untuk makanan yang disediakan. Kami juga tidak sesekali berniat atau “aniaya” pelanggan seperti yang dinyatakan.Jika terdapat sebarang isu pada hidangan, kami amat menggalakkan pelanggan untuk terus maklumkan kepada staff ketika berada di kedai. Pihak kami sentiasa bersedia membantu, termasuk menyemak dan menyediakan semula hidangan agar lebih menepati citarasa.Kami akui pada waktu tertentu kedai agak sibuk, namun itu bukan alasan untuk mengabaikan kualiti makanan dan servis. Penambahbaikan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa.Kami menghargai maklum balas yang jelas dan berhemah agar kami dapat memperbaiki kelemahan dengan lebih baik. Terima kasih.